23/01/2008

Demi Cinta Kepada Vintage Episod III

Pada hari ini saya terasa seperti ingin mem-blog dalam Bahasa Melayu? Malaysia? Maaflah kerana saya agak kurang pasti. Ini adalah kerana nama bahasa kita ini sering kali bertukar-tukar mengikut menteri dan saya pula kurang arif tentang hal ehwal semasa di Malaysia walaupun terdapat kemudahan surat khabar elektronik untuk mereka yang berada di luar negara seperti saya.


Apa yang mahu saya coretkan di sini ya pada hari ini? Oh ya, saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya telah berjaya memenangi 4 barang vintaj? (vintage) iaitu berupa baju kemeja ala zaman Victoria (bukan Victoria Beckham), baju panas berbutang (cardigan) dan juga 2 pasang kasut dari zaman 70/80an. Kedua-dua kasut tersebut mirip gambar kasut yang ingin saya miliki (telah saya tampalkan gambarnya dahulu) tetapi malangnya saya telah kalah pada saat-saat terakhir kepada pembida lain yang mempunyai keinginan sama untuk memiliki kasut tersebut. Apakan daya, saya hanya mampu menjerit sahaja dan pasrah (walaupun saya tidak pernah menonton filem Pasrah lakonan Erra Fazira dan Norman Hakim). Tetapi saya agak bernasib baik kerana pada keesokan harinya saya menjumpai 2 pasang kasut yang hampir serupa dengan kasut idaman hati saya itu. Gambar barang-barang tersebut berkemungkinan besar tidak akan ditampal disini. Ini adalah kerana saya adalah seorang yang amat malas untuk mengambil gambar.

Pembetulan: saya suka bergaya didepan kamera sebenarnya. Masalah sebenarnya di sini adalah saya malas untuk memuat naik (upload) gambar tersebut dari kamera ke komputer/komputer riba. Ini adalah satu tabiat yang tidak elok, bukan?

Apapun saya berasa gembira kerana:

  1. saya berjaya memenangi barang-barang tersebut dengan harga yang sangat murah. (Ya, saya memang seorang yang agak kedekut kebelakangan ini kerana saya bercita-cita ingin menjadi seorang jutawan ketika berumur 30 tahun. Harap maklum)
  2. saya telah menambah jumlah pakaian di dalam almari saya. Berkemungkinan besar saya juga bakal mengalami masalah besar apabila berpindah ke tempat baru nanti, serta terpaksa menyewa kenderaan yang agak besar. Berlubang besar la dompet saya nanti. (sila kira jumlah penggunaan perkataan besar disitu) Tidak lupa juga teman lelaki saya mungkin memarahi saya jika dia tahu akan berita ini. Saya sudah berjanji kepadanya bahawa saya akan berhenti atau lebih tepat lagi kurang membeli pakaian-pakaian mahupun kasut-kasut baru. Tetapi bila dipikirkan semula, saya tidak langsung membeli barangan baru, bukan? Ini kerana vintage bukanlah barang baru. Jadi, saya selamat. Nasib baik.

Sekian sahaja coretan saya kali ini. Jika ada masa, saya ingin mem-blog lagi dalam bahasa Melayu? Malaysia? kerana saya bangga dengan bahasa rasmi negara kita ini, lagipun saya tidak ingin menjadi seperti artis-artis di Malaysia yang kadang-kala malu untuk menuturkan bahasa ini walaupun mereka sebenarnya tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris.

Sekian, terima kasih.

5 comments:

yanny said...

barang vintage is not barang baru???? hahhahahha!
ure soo funny! n soooo right!

OMG gurl! i may not noe u much, but i do noe we may have a lot in common..
like when u said : ure bf will b mad if he noes about u shopping, again.
i was like. O-M-G.
cos gurl, i think, we might either share the same bf, or all boys are just the same.

cos ive been secretly shopping too..n if he finds out. im dead. few months ago ive promised not to (like a thousand times)!

n now i hve to only shop online! (oh delivery)
cos i hate shopping without having him carrying all the bags! haha!

so cheers~ to shopaholics.

will always b shopaholics.

like boys will always b boys.

yanny said...

btw, hun. u mentioned ure not currently living in msia. but where? cud it b US?

Moose said...

@yanny: entri ini ditulis dalam bahasa melayu?malaysia?. jadi saya akan membalas juga dalam bahasa tersebut. saya menetap di benua eropah. tanahair kepada kereta bmw dan mercedes :) mungkin semua teman lelaki berfikiran demikian walaupun sebenarnya mereka juga suka membeli belah contohnya seperti teman lelaki saya sendiri, cuma kadar/kekerapan mereka adalah kurang berbanding kita.

Moose said...

@yanny: saya juga amat suka "online shopping" spt anda. saya rasa semua "shopaholic" berpikiran sama! cheers! (tidak tahu apa maksud cheers dalam bm)

OLD BLOSSOM BOX said...

its soo weird seeing bm here.. ha..ha.. u could write for glam and all... IM MAJORLY DEAD, DEAD, if my bf see's me shopping.. and he will pening kepala everytime he goes in my room..