25/11/2008

Senarai Kesyukuran

Seperti Hanis Zalikha saya juga ingin menyenaraikan senarai kesyukuran saya (buat masa ini)

  1. Saya bersyukur kerana (akhirnya) balik ke tanahair setelah (penat) belajar di luar negara selama hampir 5 tahun.
  2. Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecelakaan semasa berada dalam kapal terbang tempohari. Salah satu fobia saya adalah mati kerana kecelakaan kapal terbang. (pengaruh cerita Hollywood disitu)
  3. Saya bersyukur kerana rakan-rakan rapat masih sudi menghantar saya ketika di airport. (nada terharu)
  4. Saya bersyukur kerana walaupun beg terlebih muatan dan terpaksa dikeluarkan isinya sebanyak 1kg, saya masih boleh check-in.
  5. Saya bersyukur makcik Deutsche di kaunter check-in tidak faham Bahasa Melayu, kerana berbakul-bakul kutukan telah diberikan kepadanya oleh saya dan rakan-rakan.
  6. Saya bersyukur walaupun nama telah dipanggil beberapa kali kerana terlewat menaiki pesawat, saya masih boleh naik dan selamat sampai. (nasib baik, pengajaran: lain kali jangan berpoya-poya bersama rakan-rakan lama-lama dan tak berbaloi claim tax refund 54Euro kalau kena tinggal flight)
  7. Saya bersyukur kerana adik-adik sangat gila-gila. Sanggup stay-up sampai pukul 2 pagi untuk main game 'main piano' di computer sambil menyanyi macam orang gila.
  8. Saya bersyukur kerana boyfriend sanggup datang ke KLIA walaupun tak sempat jumpa. (nada terharu lagi skali)
  9. Saya bersyukur kerana keluarga sebelah ibu di Sarawak, tiap-tiap tahun balik boleh makan makanan Sarawak yang best-best macam mee kolok, umai dan laksa Sarawak. Oh, kek lapis Sarawak sepupu mama sangat best! Rasa mahu sumbat 1 biji kek dalam mulut.
  10. Saya bersyukur kerana walaupun rabun sangat teruk sekurang-kurangnya saya masih mampu melihat. (gaya berdoa sambil tadah tangan)
  11. Saya bersyukur kerana tahu memasak, melakukan kerja-kerja rumah, kenal sayur-sayuran/ikan di pasar. Mungkin tahun depan boleh apply masuk Gadis Melayu.
  12. Saya bersyukur kerana walaupun adik-adik degil dan keras kepala, mereka tidak biadap.
  13. Saya bersyukur kerana mama sangat cool. Sangat comel bila guna perkataan kantoi. Contoh ayat : Haa..nak sorok dengan mama skali KANTOI. <-- perkataan kantoi ditekankan sedikit sebutannya.
  14. Saya bersyukur hamster-hamster peliharaan adik perempuan sangat comel, gemuk dan kelakar. Kelakar bila panjat besi sangkar sambil terkangkang lepas tu mengelongsor sebab besi licin.

  15. Saya bersyukur kerana dilahirkan beragama Islam. Walaupun jauh dari menjadi Muslimah terbaik tetapi Insya Allah berusaha ke arah itu.
  16. Saya bersyukur kerana saya tinggi. (164cm kira tinggi?)
  17. Saya bersyukur kerana nama pertama walaupun macam lelaki tetapi unik. (ya, boyfriend sila berhenti mengeji)
  18. Saya bersyukur kerana papa seorang yg handyman. Bangga bila (bakal) bilik (70%) dibina olehnya sendiri.
  19. Saya bersyukur kerana pandai berenang.
  20. Saya bersyukur kerana saya rasa saya kelakar. (perlukah?)
  21. Saya bersyukur kerana masih hidup sampai sekarang dan mampu menulis senarai kesyukuran.
  22. Saya bersyukur kerana walaupun saya berfikiran agak moden dan liberal, kadang-kala saya konservatif dalam sesetengah hal. (motif?)
  23. Saya bersyukur mempunyai rakan-rakan yang selalu mengajak ke arah kebaikan walaupun agak sedikit gila. (aku sayang korang)
  24. Saya bersyukur kerana saya dan boyfriend 'sekepala' dan mempunyai 'kimia' (chemistry)
  25. Saya bersyukur kerana bakal bergelar Dipl.-Ing. Pharmatechnik (FH) tidak lama lagi. Amin

Senarai kesyukuran akan di-update dari semasa ke semasa.

p/s: pelik bila melihat perkataan baharu di kaca tv bagi menggantikan perkataan baru. Kata mama (selaku cikgu BM) baharu itu melakukan sesuatu atau membaiki semula yang sedia ada manakala baru itu belum (tidak) ada yang sebelumnya, meaning it's new. Pelik kerana tiada siapa mempertikaikan hal itu.

p.p/s: Yoga difatwakan haram. Apa pandangan anda? Secara peribadi, saya kurang bersetuju, tetapi malas untuk mengulas lebih lanjut. Simpati saya kepada The Yoga Instructor.
Amat bersetuju dengan pandangan Mufti Perlis di laman web beliau.

6 comments:

Anonymous said...

hahaha...list #11 yg tak tahan tu. masukla..kang makcik hantar sms undi.

oh, welkam home!

Anonymous said...

saya suka baca senarai kesyukuran ini. sama best dengan senarai Hanis.

Anonymous said...

@zetty:haha..jgn lupe vote! poyo je,nak masuk GM konon..haha
@Am: thanks!

Anonymous said...

babe! ur back! im back!
lets meet-up no?!

Anonymous said...

Updatessss! :p

Anonymous said...

yanny: love to!but im still at my parents home,maybe after i found a job?
reena: udah dong!