27/03/2010

Darkness Is Green



Gelap gelita kaedahnya. Tahun ni, akak support Earth Hour u'ols. Tahun lepas punya Earth Hour aku buat apa ntah aku pun tak ingat. Duduk dekat rumah kot. Berangan nak join the merriment, sekali ayah aku cakap..

"Tak payah nak ber-earth hour bagai, orang nak tengok berita"

T_T

Tu dia..tak environmental friendly sungguh bapak aku ni..

Tahun ni, akak tutup lampu bilik sambil layan movie. Boleh? Motip sangat kan tutup lampu bagai tapi laptop on sebab nak layan movie dalam gelap. Tak tercapai tujuan Earth Hour ni..

Selingan...

Oh tadi pegi SACC Mall. Try tanya package sewa baju dekat Salikin Sidek. Ready made RM 2500 (L+P - plus accessories), kalau tanak minus RM500. Sewa custom made RM 3500 (L+P - minus RM500 kalau tanak accessories)

Then jalan sorang-sorang, masuk Jedan PKNS, sewa baju RM1800 (L+P - with accessories RM2100). Sewa custom made depends on design. Workmanship with beading around RM1000-ish. Baju dekat Jedan memang meletops. Nasib baik tauke dia nak tutup kedai, kalau tak harus aku belek satu-satu baju dekat situ. Tapi takleh ambik gambar.

Ingat nak pegi Kelrina, sapa ntah kata dekat SACC, aku carik tak jumpe. Sekali terjumpa KK Home Deco, not bad tapi tak boleh lawan yang dekat Nilai 3 punya.

Ok, selingan dah abes. Oh tambah sikit. Future FIL suruh buat majlis nikah lepas Asar instead of lepas Isya'. Takut terlampau penat katanya sebab the next day tu kenduri. Aku (kalau boleh) nak jugak lepas Isya' sebab dah plan nak berpelita buluh, fairy lights segala bagai kan. Tapi ade betul jugak apa dia cakap. At least ade banyak masa untuk beramas-mesra with each other. Sebab masa tunang tu macam tak sempat nak lepak lama-lama borak-borak.

Sekarang dah pening. Apa pendapat korang?

5 comments:

Xora said...

Kawan saya nikah lepas isya'. Nikah kat surau, tapi mula lambat pasal nak tunggu jemaah habis solat. then, lepas akad dan jamuan, balik dalam 11 lebih gak kot. :P tapi pengantin amat semangat! sempat lagi beli CL :P tapi esok paginya, dia ok aje kenduri, mungkin semangat seorang pengantin kot?

Cik Belle said...

Macam kalau nikah lepas isya' lagi intimate je.. hehehehe. yerla, ada fairy lights semua kan.. hui, menarek. =)

sumpit said...

yup, the decos will look very nice at nite. tht was our original plan as well. But alas, a few weeks ago, my mom kata nak buat lepas asar gak hehehe...

Sebab kalu setel beramas mesra awal, bole g prepare for the following day tu pulak tht nite (we're having the reception at a separate place), plus, my bf's family bole rest after a long trip (think they'll b going straight to the masjid for akad kot). Tp since u'll b having your reception kat umah, maybe u can hv it after isya'. Just make sure everything else is ready for the following je la ;)

NahWaL said...

aku pon nak lepas ishak. eh tak, lepas magrib. tapi laki aku namau. dia kata payah. apa yang payah pon tak tau. gasak la, buat lepas asar jugak. sebab malam tu leh rehearsal kat dewan.

oh semangat uolls ai pk pk kalao buat rehearsal. tak saba ni! leh aku mimpi aku kawen secara adhoc nok. pastu aku sms semua orang datang2. tak sempat buat kad. gile ok. horror!

abd. halim hadi said...

"travel blogger crossing.. fast but fun reading"