03/06/2010

Kemalangan Ngeri

Copy and paste from Ondscene blog and know about it while listening to Fly FM this morning:

Jalan Cheras-Kajang
Kuala Lumpur
3 Mei, 2010
3-30 pagi

Identiti mangsa yang maut masih belum dikenalpasti.
Mangsa seorang wanita dan dipercayai berbangsa Melayu.
Maklumat akan dikemaskini

Kemalangan yang berlaku ini benar-benar membuktikan, betapa kelajuan keterlaluan boleh menyebabkan kenderaan dipandu gagal dikawal.


Akhirnya, mereka yang tidak bersalah, menjadi mangsa.

Pemandu Perodua Myvi yang terbakar keseluruhannya , masih belum dikenalpasti identitinya.


Bagaimanapun, mangsa adalah seorang wanita dan berdasarkan saksi, mangsa adalah Melayu berugama Islam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3-25 pagi di atas 'flyover' Bulatan PPUKM arah Kajang.

Kereta Totoya Vios ini dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita (pemandu tidak dikenalpasti) dari arah Kajang ke pusat bandaraya.

Kereta ini dipercayai dipandu amat laju sehingga menyebabkan ia terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh sebatang tiang lampu jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Malang, apabila sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita dari arah Kuala Lumpur, terus bertembung dengan Toyota Vios itu.

Dan, lebih malang lagi apabila sebuah lori yang mengekori kereta dipandu wanita terbabit, tidak sempat mengelak menyebabkan lori terbabit merempuh pula kereta wanita tu.

Akibatnya, kereta Myvi ini terus terbakar dan pemandunya tersepit.


(Menurut orangramai dan pemandu lori, mereka cuba menyelamatkan wanita itu yang menjerit dan melolong meminta bantuan, namun api yang marak begitu cepat, gagal menyelamatkannya. Difahamkan, orangramai turut mendengar rintihan wanita itu dan sempat mengucap sebelum ia hangus terbakar)


Manakala kereta Toyota Vios dinaiki dua orang itu, Chen Yoke Xing, 24 tahun dan Chong Kar Jun, 17 tahun, dipercayai terbalik sebelum merempuh tembuk jalan.

Berdasarkan dokumen ditemui, mereka merupakan pelajar sebuah kolej dandanan rambut.

Siasatan akan turut dilakukan samada pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kedua-duanya parah dan dilaporkan kritikal di PPUKM.

Siasatan polis di tempat kejadian, gagal mengenalpasti identiti pemandu wanita yang kira-kira 80 peratus badannya hangus, manakala kenderaanya juga tidak dapat dikenalpasti nombor pendaftaran, nombor chasiss, nombor enjin kerana kereta ini juga hangus sama-sekali.


This and the attack on humanitarian aid vessel by the Israeli is too much for me too digest.

7 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

menakutkan lah semua ini, lari topik, weh ko penah baca www.vigilantcitizen.com tak, erghh aku rasa lg gila..

shueyshoelove said...

tu la. i heard fly fm this morning.meremang bulu roma.imagine not able to help and hearing the woman screaming till there's no sound. if it was me, seumur hidup tak leh lupa bunyi jeritan tuh.tsk.

NahWaL said...

moose, semalam aku bawak kereta balik, tak tahan sangat lepas baca forum2 israel and twitter2 yahudi laknat. terus aku nangis :(. aduh sedehnya. it is too much :(. rasa macam banyak dosa dengan dibandingkan orang2 yang mati syahid tu

Anonymous said...

saya mmg sgt fobia tgk gmbr accident..so i keep reminding myself to drive slow and carefully evtime tgk gambar or news orang accident, tp each time pun time balik malaysia lupe sume tu, bawak laju2 gak.. adeh.. tapi doa byk2 kita semua dijauhkan dari malapetaka tu.

Moose said...

huda:
cam pernah baca tapi gitu2 jela. yang pasal freemason and illuminati tu ke? taktau la nak cakap betul ke tidak. kadang2 trase cam hoax je.

shuey:
yup. listening it on the radio alone this morning pun i dah rasa nak nangis. if i were in the guy's shoes, taktau la macam mana.

nawal:
pasal palestine and israel tu aku serious taktau macam mana dah. banyak perjanjian, gencatan senjata ape sume pun tak jalan. unless all the arab country unite and america stop supporting the israel, selagi tu tak boleh nak berubah. Allah SWT je yang mampu balas

anonymous:
jangan bawa laju2! think of your loved ones

Sarah Abd Rahim said...

I read this entry of yours yesterday afternoon but I was speechless. Today I found a note on Facebook related to this tragic accident and it infuriated me. To think that the poor girl had to die such a cruel death thanks to selfish and inhuman civilians. Read this:

http://www.facebook.com/note.php?note_id=121923751176825&id=714313533

The Spasmodic Scribbler said...

Scary. Lets be careful when driving.