08/06/2010

Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Duit Baik Ko Bayar Cepat!

Aku bukak Facebook 4 hari lepas tengok ada orang tag gambar ex-boyfriend aku. Ni ex-boyfriend after H and before kapel balik dengan H. Confused much? Silalah.

Sebab gedik tangan nak meng-klik, aku pun klik la. Sekali, tu dia. Gambar dia kawin ko. Atas pelamin lagi bersanding dengan bini dia. Eh eh eh, mestilah dengan bini dia takkan dengan aku pulak. Tak koser sangat uols. Mula-mula aku tengok tu macam biasa je. Yelah kata ex kan, apa jadahnya aku nak jealous. Biasa je. Lagipun it's good to see that he's finally found someone.after I cold heartedly left him. Eh eh takdelah propa je lebih. Hihi.

Tapi lepas tu tetiba darah aku menyirap. Menyirap ko. Gila lah bahasa. Sebab apanya? Not so long ago, when everything was nice and lovey dovey, I lend him some money. Actually a lot. He was facing some study and money problems so being then nice and caring girlfriend (sila muntah), aku pun dengan rela (terpaksa) hati pinjamkanlah si mamat ni duit. Dengan syarat, once he started working he have to pay me back. Logiklah kan. Dah hutang, kenalah bayar balik walaupun ko berhutang dengan girlfriend ke, boyfriend ke, mak bapak ko ke. Kot korang buat-buat lupa nak bayar aku taktau la kan.

Bila aku balik Malaysia, aku pun dengan jayanya menagih hutang. Masa tu dah break-up tapi I still not delete him from Friendster or anything. We didn't contact much but I kept on reminding him about the money that he owed me. First time, dia cakap dia still study, so tak dapat bayar lagi. I was like, fine la since I am in no rush pun. I am not some cold hearted bitch yang tak berperikemanusiaan. So I said to him, please pay me once you've graduated and start working.

The last time I checked his FB which was months ago, he's already started working as an engineer in a Japanese company. Big Japanese company. Aku tagih lagi hutang. Dia cakap baru start kerja, belum nak ada duit lagi untuk bayar semua hutang tu. I said it's ok, boleh bayar ansur-ansur. Monthly installment of RM50 pun aku accept, asalkan bayar. I said to him, if you wanna start paying, I'll email or private message my account number. Lepas tu dia senyap je. Aku pun senyap. Sebab nak kasi chance la kata baru kerja kan. Aku fahamla jugak. Takda la nak tagih or push sangat.

So months passed by. Tup tup dia kahwin. Aku macam, amboi duit aku ko hutang tak boleh nak bayar walau RM50 per month pun. Yang kahwin ni ko ada duit pulak. Kalau korang lah kan, ape korang rasa? Aku rasa nak tettttttt teetttttt teeeeettttt ttttteeeettt (tetiba blog ada censorship) je mamat tu. Dah jadi macam ceti tak bertauliah pulak aku ni kerja menagih hutang je. No wonder la along tu sanggup ikat, bunuh, kurung, baling cat merah dekat orang yang berhutang. Now I understand la the along's feeling. Dah kasi pinjam duit, liat nak bayar pulak.

Aku bukan along, aku cuma nak tolong. Dah aku tolong, ko buat aku macam along pulak. Aku buat betul-betul macam along baru ko tau. Karang tak pasal-pasal pulak bini ko tu menjanda sebab mati laki. Dan aku tak pasal-pasal plak masuk surat khabar lalat macam Harian Metro tu.


Header Harian Metro;


"Pengantin Lelaki Mati Ditetak Kerana Hutang, Inai Isteri Masih Merah"



Haa, siapa yang susah?


Ini bukan mereka dan keluarga mereka. Akak jugak yang susah tau.


Vavi la.

19 comments:

The Spasmodic Scribbler said...

I know I should pity you but somehow this post makes me laugh.

HAHAHAHA.

Sorry Moose, can't help it. You are funny.

ZARIZA said...

Moose : sebijik masa kisah sy...ex saya pun baru kawen ..tp dulu sy gefren yg baik gaks..support dia masa study + baru start keje..alih2..bila dah keje..terus lupa saya n kawen ngan org lain ..dan parahnya..sampai sudah x bayar hutang saya...

sumpit said...

hehehehehe, yeah, i think u are too :)

but on a serious note, i do hope u get yr money back soon ;)

reena said...

Your 'label' paling lawak. Hehe.

Tapi harap2 u dapat duit u balik.

Moose said...

TSS:
adoi. tak tercapai niat nak marah2 ex-bf. sekali post jadi funny sudah.

zariza:
malangkan kita jumpa jejantanz tak guna macam ni. hoh lepas ni harus ku tagih hutang. mana boleh biar macam tu je! at least duit tu boleh pakai belanja nak kawin ni

sumpit
aku nak duit aku balik!! haha

reena:
haha. masa taip ni geram sangat ok. membara rasanya.

Unknown said...

HAHAHA moose!! apsal baik snagat ni. baik kasi aku duit tu. takda guarantor takda apa, leh bayar installment rm50 sebulan lagi. hehe.

p mintak kat bini dia. biar dia malu . dulu aku ada gak bf camtu. tapi ni spesies lain sikit. asik2 mintak duit asik2 mintak. belikan adiah kawan dia b eranak pon aku yang hulur duit. last2 aku pon dengan kejam meninggalkan say bye2, bak sini duit tu, mintak rm100 je, dia kasi rm50. mintak la lagi, apa susah. siap kata apsal dengan aku tu dekat kakak angkat aku. eh duit aku. apa aku kesah

Quiyah said...

moose: gilela ex ko..

Qistin Fadzin said...

dear moose, we're in the same boat... but my ex was a total loser. some says people like us are stupid, but i choose to believe we're good-hearted. and the best part is - we learnt from the mistake.

let's celebrate his stupidity for loosing us as their girl or even as their friend... (sampai kiamat aku takmo kwn dgn dia dah...) and knowing we'll have such a brighter future (remember, we're the good-hearted lot ni murah rezeki ;)...), jgn harap aku tolong dia lg!!! dan org2 yg susah nak byr hutang ni jln hidup dia sempit...

keep on tuntut... i will never give up... and keep on smiling looking at how his life is going down the drain... oh, kalo dia tak byr, dia akan jd unta kita di padang mahsyar... dan kita boleh trade in dosa kita dgn pahala dia... BEST SIUT! hrp2 cukup la pahala dia tu... hahaha

and dont forget to smile u're not the one next to him on the pelamin! kesian pompuan tu dpt lelaki gampang...

Nurulhuda|Adlie said...

qis, i tgh wow at ur comments! fuh, and aku takde pengalaman mcm ni but u know on normal occasion ada lah jugak with friends ape sume, its actually masa nak pinjam tu janji mcm2, pastu lupa.. even jumpa pun buat2 lupa, i just dont understand ppl like this..

tapi moose, sila mintak, duit ko pun walau ape reason dia.. :)

Moose said...

nahwal:
agak-agak kalau aku bukak skim pinjaman wang laku tak? silap-silap aku plak yang rugi. HA HA HA. benci tau spesis lelaki durjana macam ni. kita tolong sebab kita baik, dah tu salah guna pulak.

quiyah:
gila tu memang, sebab tu break-up. hiks

qis:
ooo ramai rupanya yang senasib malang. he was (quite) a loser back then. i tolong dia pun sebab out of courtesy orang cakap. if only i listened to my mom. my mom cakap, never ever lend money to person's close to you if you're not sure they're going to pay back. sebab sebab hutang ni adik-beradik pun boleh putus saudara. memang i akan tuntut, cuma masa je tentukan. i will not let him get by just like that.

huda:
memang! masa nak pinjam, mak aih mulut lagi manis dari gula. bila nak bayar, liat. apa jenis manusia macam ni.

sarah said...

hahaha lawak la u ni.
mmg la marah..kita nak kawen susah payah cr duit. dia yg berhutang selamba je tetiba kawen. kene tangkap basah kot? haha
silap2 jumlah yg u bg tu boleh dpt pelamin mewah satu. sila tuntut lagi!!

Sarah Abd Rahim said...

I'll have to say that I agree with The Spasmodic Scribbler haha. So true! It's a serious entry but it's funny! That aside, oh dear.. I know EXACTLY how you feel. My ex, whom I was with for 7years (poor/stupid me) still owed me a large amount of money (4 angka ok?!) when we ended our relationship. Of course I did the same thing you did, every once in a while remind. But then, same scenario; ada je alasan. Gaji tak masuk la. Landlord halau kluar rumah, kena cari rumah baru la. This month tak cukup la. Then dapat tau he went to Tioman (with his new girlfriend (whom he was seeing behind my back for months while we were still going out. I had the same reaction you had when I saw photos of their "sweet little holiday" *puke*. WTF? Bayar hutang takde duit, pergi cuti ada duit?? He still owes me till this very day. But you know what, for someone of his nature, I tell myself: "Keep the money la. Aku pun dah tak hingin nak duit yang datang dari tangan kau!"

Tahirah A. said...

wah..interesting topic we got here!..hehe

sian kat bini dia..kalau dia baca entry ni mesti balik kampung malu!lol...

Moose said...

sarah
dia hutang i in euro. kalau exchange tengah naik memang mewah la tapi tak dapat pun buat pelamin mewah. hihi.

sarah abd. rahim
oh my 4 angka tu dia hutang you! my-ex ni since he owed me in euro, it depends on exchange rate, klo rate tinggi memang sampai 4 angka. tapi since i am nice enough, i ikut rate sekarang la.
tula bayar hutang orang bukan main susah, bercuti bercanda tu ada duit pulak. like qis cakap, orang yang berhutang and tanak bayar ni, rezeki dia sempit.

bride2wife:
kesian sangat kan? dapat laki berhutang tkmo nak bayar.

Sarah Abd Rahim said...

Yeah, 4 angka. Cinta la kononnya bagi pinjam duit kat dia, cinta kepala hotak aku la kan? But it was more of an accumulated amount over the period of like a year. Hais.. Rezeki sempit eh? Hehe.. Ye la kot, cos I heard he ain't got a permanent job and that he's selling/trading matchbox cars to make money these days. Ish.. Jahatnya mulut aku ni!

Moose said...

sarah:
tula pasal cinta la jugak tu yang aku kasi pinjam. kalau tak cinta sorry la wei. jangan harap!

Unknown said...

hahaha..u go girl!lov the tajuk.haha
p/S:I know i shud pity u..but i dono..it's just funny how u made the story=p

Sarah Ghazali said...

hi moose..

ive just stumble your blog because i typed in hutang ex on google.:)Actually,im in deep s*it because my then fiancee had me take out a personal loan for our wedding..stupid right? He left me a few weeks after our engagement with this personal loan under my name and i had to pay installment for over 2 months already..janji dulu dia nak bayar installment..cal dia and asking for payment ada je alasan dia bg..cheque bounced la..payment xmasuk la..itula.inila...d*mn..some men are really a douch*bag!
i admire your persistance dalam meminta hutang..i pun nak gagah jgk tuntut smpai dapat la...mind u my personal loan is 5 angka and he already used up 80% of the total value! What a mess!!!! huhuuhuh

Moose said...

aiyo sarah, sorry to hear about your story. i can propose you one solution je. since you dah tagih hutang cara baik kan..why not you ugut die nak report polis? i know that the loan is under your name tapi hmm..i dunno. make up stories a bit so he got scared?