Showing posts with label Ex-boyfriend durjana aku tanak bayar hutang. Show all posts
Showing posts with label Ex-boyfriend durjana aku tanak bayar hutang. Show all posts

17/06/2010

Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Duit Baik Ko Bayar Cepat! (Final)

Alhamdullilah. Syukur kepada Allah.

Not even a week after message beracun kepada ex-boyfriend durjana tanak bayar hutang, previous posts please refer here and here, I received a SMS from his wife saying that she already banked-in the money, paid in full sum on her husband's behalf.

Orang cakap rezeki orang nak kahwin tu murah kan?

I know that the amount that I ask was way much lower than the initial amount. But, I do not want to burden him so I charged according to current exchange rate. He's fortunate that Euro rate is low these few months. But I do not want to complaint much, at least he paid. And for that alhamdulillah. Though it's not much, when you are preparing for a wedding, every cent counts and what he paid was more than few cents.

:)

I started to think that maybe, all this while the messages were read and replied by his wife instead of him. Suddenly I wonder how must she felt like upon reading all my messages.

Shocked? Terrified? Or stunned?

Whatever it is, I think it is good for her to know of her husband's past demeanor, so early in the marriage. Marriage afterall, is learning about each other.

And I am few thousand hundred bucks richer! Ngeh ngeh.

10/06/2010

Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Duit Baik Ko Bayar Cepat!! (Part II)

Wah ada kesinambungan cerita pasal ex-boyfriend durjana yang tak nak bayar hutang. Hebat la penangan ex-boyfriend.

Disclaimer: I do not hate him or still madly in love with him, I just hate the fact he owed me money and had all the excuses in the world to not pay back.

Lepas dah aku tau kata dia kahwin tu, aku buat bodoh je la. Tetiba, tadi ni dia buat FB invitation ajak kawan-kawan pergi kenduri dia, hari Sabtu ni. Aku pun apa lagi, mengambil kesempatan di atas kesempitanlah kan. Dah alang-alang pergi message wish congrats semua, sempat lagi aku melahar.

"Congrats and sorry that I couldn't attend your wedding as my parents will be here, visiting. Oh btw, on more serious note, bila nak bayar hutang? Belajar pun sudah, kahwin pun sudah kan. Tak banyak XXX Euro je, tapi aku kasi discount, ko bayar RM XXX je sudah. Oklah tu kan. XXX je"

Tu dia, ber-kau aku siap. Tiada lagi kata-kata manis seperti honey bunny. Hikhikhik. Ye, aku memang terer bab-bab melahar dan sound direct orang. That is why if given the chance, I will not do so. Tahap aku dah tak boleh tahan or pendam baru aku lahar. Ni ala-ala Eyjafjallajökull volcano tu la kononnya. Konon.

Nasib baik mamat tu reply balik. Bayar half-half dulu boleh? Duit dah banyak habis dekat hantaran, katanya.

Lantak ko lah labu, asalkan ko bayar duit aku sudah. Pedulik apa aku kalau duit ko habis dekat hantaran or honeymoon sekali pun. Itu nasib baik aku tak paksa ko bayar sekali gus macam ko pinjam duit kat aku dulu. I am being considerate and have mercy enough for you.

Aku dah siap bagi 2 account details aku dekat dia. We'll shall see if he kept his promise this time around. Kot buat-buat lupa nak bayar jugak, taulah ko macam mana cara aku nak ajar ko.

Ni nak kena buat Plan B ni.

08/06/2010

Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Duit Baik Ko Bayar Cepat!

Aku bukak Facebook 4 hari lepas tengok ada orang tag gambar ex-boyfriend aku. Ni ex-boyfriend after H and before kapel balik dengan H. Confused much? Silalah.

Sebab gedik tangan nak meng-klik, aku pun klik la. Sekali, tu dia. Gambar dia kawin ko. Atas pelamin lagi bersanding dengan bini dia. Eh eh eh, mestilah dengan bini dia takkan dengan aku pulak. Tak koser sangat uols. Mula-mula aku tengok tu macam biasa je. Yelah kata ex kan, apa jadahnya aku nak jealous. Biasa je. Lagipun it's good to see that he's finally found someone.after I cold heartedly left him. Eh eh takdelah propa je lebih. Hihi.

Tapi lepas tu tetiba darah aku menyirap. Menyirap ko. Gila lah bahasa. Sebab apanya? Not so long ago, when everything was nice and lovey dovey, I lend him some money. Actually a lot. He was facing some study and money problems so being then nice and caring girlfriend (sila muntah), aku pun dengan rela (terpaksa) hati pinjamkanlah si mamat ni duit. Dengan syarat, once he started working he have to pay me back. Logiklah kan. Dah hutang, kenalah bayar balik walaupun ko berhutang dengan girlfriend ke, boyfriend ke, mak bapak ko ke. Kot korang buat-buat lupa nak bayar aku taktau la kan.

Bila aku balik Malaysia, aku pun dengan jayanya menagih hutang. Masa tu dah break-up tapi I still not delete him from Friendster or anything. We didn't contact much but I kept on reminding him about the money that he owed me. First time, dia cakap dia still study, so tak dapat bayar lagi. I was like, fine la since I am in no rush pun. I am not some cold hearted bitch yang tak berperikemanusiaan. So I said to him, please pay me once you've graduated and start working.

The last time I checked his FB which was months ago, he's already started working as an engineer in a Japanese company. Big Japanese company. Aku tagih lagi hutang. Dia cakap baru start kerja, belum nak ada duit lagi untuk bayar semua hutang tu. I said it's ok, boleh bayar ansur-ansur. Monthly installment of RM50 pun aku accept, asalkan bayar. I said to him, if you wanna start paying, I'll email or private message my account number. Lepas tu dia senyap je. Aku pun senyap. Sebab nak kasi chance la kata baru kerja kan. Aku fahamla jugak. Takda la nak tagih or push sangat.

So months passed by. Tup tup dia kahwin. Aku macam, amboi duit aku ko hutang tak boleh nak bayar walau RM50 per month pun. Yang kahwin ni ko ada duit pulak. Kalau korang lah kan, ape korang rasa? Aku rasa nak tettttttt teetttttt teeeeettttt ttttteeeettt (tetiba blog ada censorship) je mamat tu. Dah jadi macam ceti tak bertauliah pulak aku ni kerja menagih hutang je. No wonder la along tu sanggup ikat, bunuh, kurung, baling cat merah dekat orang yang berhutang. Now I understand la the along's feeling. Dah kasi pinjam duit, liat nak bayar pulak.

Aku bukan along, aku cuma nak tolong. Dah aku tolong, ko buat aku macam along pulak. Aku buat betul-betul macam along baru ko tau. Karang tak pasal-pasal pulak bini ko tu menjanda sebab mati laki. Dan aku tak pasal-pasal plak masuk surat khabar lalat macam Harian Metro tu.


Header Harian Metro;


"Pengantin Lelaki Mati Ditetak Kerana Hutang, Inai Isteri Masih Merah"



Haa, siapa yang susah?


Ini bukan mereka dan keluarga mereka. Akak jugak yang susah tau.


Vavi la.