10/06/2010

Hutang Budi Dibawa Mati, Hutang Duit Baik Ko Bayar Cepat!! (Part II)

Wah ada kesinambungan cerita pasal ex-boyfriend durjana yang tak nak bayar hutang. Hebat la penangan ex-boyfriend.

Disclaimer: I do not hate him or still madly in love with him, I just hate the fact he owed me money and had all the excuses in the world to not pay back.

Lepas dah aku tau kata dia kahwin tu, aku buat bodoh je la. Tetiba, tadi ni dia buat FB invitation ajak kawan-kawan pergi kenduri dia, hari Sabtu ni. Aku pun apa lagi, mengambil kesempatan di atas kesempitanlah kan. Dah alang-alang pergi message wish congrats semua, sempat lagi aku melahar.

"Congrats and sorry that I couldn't attend your wedding as my parents will be here, visiting. Oh btw, on more serious note, bila nak bayar hutang? Belajar pun sudah, kahwin pun sudah kan. Tak banyak XXX Euro je, tapi aku kasi discount, ko bayar RM XXX je sudah. Oklah tu kan. XXX je"

Tu dia, ber-kau aku siap. Tiada lagi kata-kata manis seperti honey bunny. Hikhikhik. Ye, aku memang terer bab-bab melahar dan sound direct orang. That is why if given the chance, I will not do so. Tahap aku dah tak boleh tahan or pendam baru aku lahar. Ni ala-ala Eyjafjallajökull volcano tu la kononnya. Konon.

Nasib baik mamat tu reply balik. Bayar half-half dulu boleh? Duit dah banyak habis dekat hantaran, katanya.

Lantak ko lah labu, asalkan ko bayar duit aku sudah. Pedulik apa aku kalau duit ko habis dekat hantaran or honeymoon sekali pun. Itu nasib baik aku tak paksa ko bayar sekali gus macam ko pinjam duit kat aku dulu. I am being considerate and have mercy enough for you.

Aku dah siap bagi 2 account details aku dekat dia. We'll shall see if he kept his promise this time around. Kot buat-buat lupa nak bayar jugak, taulah ko macam mana cara aku nak ajar ko.

Ni nak kena buat Plan B ni.

9 comments:

cik yaya said...

kelas ko!xxx pon , kurang2 dapat guna tuk bayo baju kann.eh pegi buat baju skrg!

reena said...

Bravo! Duit tu boleh top up mana yang patut for your kahwin kan?

Nurulhuda|Adlie said...

melahar katanya, haha..

Elly Anaille said...

benci ni. mmg liat nak byr htg org. dah la time2 skrg ni zaman agak kesempitan. iskkk! langgar saja die.

♥ balkidz_hunny ♥ said...

good babe! :)
i bleh gune idea nie nak mintak utang kat my ex jugak leh?
huhu...

Moose said...

yaya:
aku baik sebab tu aku mintak XXX je. klo ikutkan patut 4 angka ok. lepas dah buat 1 baju tu.

reena:
betul! dahla nak kawin ni guna mengalir macam air je. ni dah nak dekat 6 bulan i didn't buy anything for myseld. kalau nak beli barang pun macam rasa bersalah je sebab nanti lari budget.

huda:
lahar jangan tak lahar. laser cam kurang impak sket. lahar lagi best. fonen2 guna lahar. silalah belajar dari kawan2 fonen anda. HA HA HA

Moose said...

elly:
tak boleh langgar. nanti kesian bini dia menjanda awal. haha. tapi tula at least kalau dia bayar, duit tu bolehlah guna untuk tampung mana-mana yang kurang. dah boleh lepas duit kad kawin tu!

balkidz:
boleh! make sure lahar pedas2 dan secukup rasa sket!

bride2wife said...

can't wait for part three!!..haha

Moose said...

part 3 dah ada!! haha