08/09/2011

Peribahasa

Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa selalunya dicipta berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap sesuatu situasi yang pernah berlaku. Cara penyampaian peribahasa adalah dalam bentuk bahasa kiasan sejajar dengan budaya masyarakat Melayu itu sendiri yang penuh dengan sopan-santun dan tatatertib yang tidak menggalakkan cara penyampaian yang terus atau "direct". Contoh peribahasa "rambut sama hitam, hati lain-lain" membawa maksud walaupun kita kelihatan serupa, tetapi niat dan hati kita hanya Tuhan saja yang tahu. Walaupun kita mungkin berniat murni & baik, tapi tidak semestinya orang lain akan mempunyai niat & etika sama seperti kita.

Seperkara mengenai peribahasa ini ialah walaupun tiada siapa mengetahui sejak bilakah kewujudannya ataupun siapakah penciptanya, tidak dapat dinafikan bahawa konteks penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian kita masih relevan. Kita masih dapat lihat peribahasa masih digunakan hingga ke hari ini.

Contohnya, A telah berjanji dengan B untuk berjumpa. Tetapi setelah beberapa kali berjanji, A masih tidak muncul-muncul malah A telah memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak dari berjumpa dengan B. Berdasarkan situasi berikut, peribahasa yang boleh digunakan ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

Sekian, terima kasih.


5 comments:

reena said...

Fuhhhh pedasss!

Unity said...
This comment has been removed by the author.
Unity said...

siapalah agaknye tu. Dah janji tu pandai2 la tepati. Ingat dia sorg je ada commitment, mcm org lain tak bz pulak.

The Spasmodic Scribbler said...

Hahahaha. Sape buat Moose pissed off nih?

Moose said...

reena:
zasssss. haha

unity:
yup, agree

nawar:
adela hamba Allah tu. hihi