13/01/2009

Anda Ingin Kurus, Langsing Dan Berbadan Menawan?

Beberapa ketika yang lalu, seorang kawan aku bercerita. Katanya dia sudah tiada apa-apa ikatan dengan tunangnya lagi. Sebagai kawan yang baik, aku hanya mendengar tanpa mahu bertanya dengan lebih lanjut mengenai sebabnya, lalu aku biarkan sahaja supaya die terus bercerita. Katanya lagi, dia sangat kecewa lalu mengalami tekanan perasaan sehingga berat badannya turun 10kg dalam masa seminggu. Kataku padanya secara berseloroh, itu diet yang sangat berkesan, boleh diiklan di tv, setanding dengan ubat-ubat kurus badan yang lain. Aku pasti kamu semua pernah mendengar tag iklan seperti "Perut anda buncit dan berselulit? Cubalah herba ____ (sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai) mustajab, berkesan memecahkan lemak di perut sambil menegangkan kulit.".

Dalam kes kawanku ini, tag perlu diubah kepada "Anda mengalami masalah berat badan dan ingin bentuk badan yang langsing? Cubalah bercinta dengan lelaki yang bermata keranjang, curang dan suka bermain kayu tiga. Terbukti berkesan kerana bukan sahaja anda mampu kurus, anda juga mampu mengalami tekanan perasaan!


Hey, who's fat? I'm just full of fur, not fat!

2 comments:

Anonymous said...

Oh so fcuking true!!!!!!!

itulah rahsia saya kurus dulu.

Serious.

Moose said...

Wah, tahniah. Or should I say takziah? Haha.