30/03/2009

Cuti-Cuti Melaka 1

Hello people..

Oh sudah lama tidak berblog dalam Bahasa Melayu. Kali terakhir adalah entri ini.

Hujung minggu lalu saya pergi ke Melaka. The verdict? Sangat best! Mari kawan-kawan, kita lihat aktiviti apa yang telah dilakukan sepanjang masa tersebut.

Selamat Datang ke Melaka


Jumaat, 27 Mac 2009

Bertolak dari Kangar dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan tidak boleh tidur (tipu, bukan sepanjang perjalanan, 2 jam selepas bertolak sahaja) kerana pakcik pemandu bas memandu dengan laju dan juga memasang radio Sinar FM. Juga kerana DJ radio yang mengacarakan segmen sila-baca-sms-jiwang-karat telah membuatkan saya hampir-hampir muntah kerana mabuk (bukan arak, tetapi kerana sms jiwang yang terlebih karat). Ini membuatkan saya terfikir bahawa kerajaan perlu menggubal undang-undang jalan raya yang baru iaitu pemandu-pemandu bas ekspress dilarang mengawal kenderaan DAN juga mengawal stesen/volume radio kenderaan masing-masing terutama bagi pemandu yang berumur lebih 30 tahun dan mempunyai cita rasa muzik yang boleh dipersoalkan.


Sabtu, 28 Mac 2009

Tiba di Melaka Sentral pada pukul 7 pagi. Terpaksa menunggu selama lebih kurang 15 minit sebelum teman lelaki (kelakar guna teman lelaki) sampai. Bersarapan pagi (tanpa sempat gosok gigi) di kedai mamak. Makan roti pisang yang kurang sedap (mungkin kerana belum gosok gigi? Tuhan sahaja tahu). Lagi sedap roti telur+bawang+cili H.

Daftar masuk di Hotel Malim Inn. Bilik untuk 2 orang berharga RM90 tetapi dapat diskaun jadi RM80 kerana bilik single sudah penuh. Bayar extra RM30 kerana daftar masuk sebelum pukul 12.

Verdict: Bilik menepati piawaian kebersihan! Sangat direkemenkan kepada semua budget travellers. Bilik bersih (bagi 10 bintang) dan kemas (juga bagi 10 bintang). Air cond dan water heater berfungsi dengan cemerlang (Cuma ketika mandi pagi tiada air panas kerana kebodohan sendiri, lupa on suis). TV tiada remote control-bukan masalah besar.



  • Destinasi pertama (destinasikah?)


Makan nasi beriani (lokasi: terlupa)

Verdict: Kerana kurang dan jarang makan beriyani maka tidak dapat bagi bintang. Tapi H bersungguh-sungguh cakap nasi beriyani situ sedap dan terkenal. Ok, apa-apa jelah (whatever)

  • Destinasi kedua


Menonton wayang. Ya jauh berjalan semata-mata hanya untuk menonton wayang. Kami menonton cerita Talentime by Yasmin Ahmad. I think that this is the best movie so far coming out from her. It is a movie worth watching and you'll find yourself laughing and crying at the same time.


Verdict: 8/10 bintang

  • Destinasi ketiga dan keempat


Dari situ kami berjalan kaki menuju ke Kota A Famosa. Kemudian kami berjalan lagi menuju ke Red Square untuk melihat kedai-kedai menjual baju kebaya nyonya. Sempat berbual dengan makcik menjahit baju kebaya nyonya disitu. I didn't buy anything because a) I still have 3 pairs of kebaya that I didn't wear b) H told me to be frugal with my money since I'm still not working.

(Kenapa berblog dalam English semula? Ok, sambung semula dalam Bahasa Melayu)

<

Kota A Famosa dan Christ Church


Kami kemudiannya berjalan menuju ke Jonker Walk. Oh sangat teruja melihat kedai-kedai. Singgah makan nyonya cendol di Bibik House sambil menikmati (lebih dari lapan) tat nenas yang baru dibakar. Sempat membeli beberapa makanan tempatan untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Inside joke: Mengapakah kalau makan lapan tat akan dikira mencarut? Sila kira sendiri. Hiks.


Jonker Walk


Pada sebelah malam kami pergi ke Muara (Kuala) Sg. Duyung untuk makan makanan laut. Kami makan sepahat goreng halia cili (sedap, tetapi pedas), ayam pandan (biasa-biasa), sayur campur goreng dan sotong goreng tepung. Tiada lauk ikan kerana ikan-ikan disitu semuanya besar-besar belaka. Maaf kerana tiada gambar. (Kami berdua bukan jenis yang suka mengambil gambar makanan setiap kali makan, mungkin zaman cam-whoring sudah berlalu ataupun kami hanya lapar dan tidak sempat mengambil gambar kerana bila sudah tersedar, makanan pun sudah habis.)


  • Destinasi kelima

Eye on Malaysia taken by crappy Canon Ixus i

(semua salah H kerana terlupa bawa DSLR)


Eye on Malaysia! Tiket hanya berharga RM8 seorang kerana tunjuk MyKad dan juga Student ID (yang sudah pun tamat tempoh). Nasib baik akak kaunter tiket tidak prihatin dan perasan. Berpotensi untuk malu besar jika kantoi. Terpaksa berkongsi gondola dengan sepasang kekasih pengkid yang berbau kaki. Ya, jijik. Ketika sedang berseronok berada di God-knows-how-high tetiba terdengar bunyi macam suara hantu. Suara hantu macam "OOOOOOOOOOOOOOooooooooooooooo". Saling berpandangan kemudian ketawa. Mungkin kerana takut atau kelakar. Kami suspek suara brader controller dibawah.


Balik ke hotel untuk tidur.



Bersambung......


Sedutan episod akan datang:

Mengapakah saya dan H tidak menaiki beca? Dimanakah anda boleh membeli beg weekender dengan harga RM10 sahaja? Apakah yang telah saya lakukan untuk menikmati makanan secara percuma sepanjang 2 hari?


10 comments:

reena said...

Teman lelaki? Klasik.Hehe.

Sepahat goreng hali cili? Sepahat tu apa?

Melaka memang best kan? :) Tetiba teringat dessert Jonker Walk.Damn.

Moose said...

reena: Haha. sepahat tu erm, it's actually shell-like seafood. Dia pjg and thin, mcm pen.Sarawakian called it ambal. I act. quite surprise to find it's available in Melaka sbb slalu tau kt Srwk je ade. Dessert Jonker Walk mmg sedap! Tapi kt Midvalley pn ade tau.

reena said...

Oh, Ya Allah! I really thought sepahat tu macam 'sekawan' burung, 'sebuah' rumah, 'sebiji' limau.U know..Alaaa apa ntah namanya? Kosa kata? Adjektif? Haihhh..Nama je BM dapat A1 dalam SPM.Hehe.

Moose said...

reena: Oh, yeke. Haha. Yang tu penjodoh bilangan namanya. hehe.

Aida Narina said...

Wahhh seronotnye jalan2 melaka! :)
Welcome to my hometown! Saya rindu melaka... :( Sobsss

Moose said...

Aida: Betul, memang sgt best jalan2 Melaka! Lagi best klo dpt keje di Melaka since my bf works there too! Hiks

" NoBoDy " said...

melaka tanpa aku bukanlaa melaka namanyer...

hahaha

Moose said...

munie: bermakna je aku pegi aritu. muahaha. statement cm sial. Summer hols balik tak weh?

" NoBoDy " said...

tengok aa camne..aku plan nak buat DA bulan 9 nih..so maybe aku tak balik bulan 7..aku tgh budget nak setel sumer and balik by bulan dec kalau boleh..sbb nak attend wedding member aku mase skolah rendah...(nak wat camne..aku kan byk kawan ;p)

aku samapi jek msia..aku bgtau kau..jgn risau..

Moose said...

munie: gile mantap buat DA 3bln. ko dh dpt tmpat? ke buat kat FH je?