03/04/2009

Cuti-Cuti Melaka 2

Kita ikuti sambungannya..

Sedutan episod lepas (sambil menggunakan teknik kamera perlahan Sinetron Indonesia)

Sampai di Melaka Sentral sambil membawa beg dan bantal berbentuk U. Kemudian berada di Jonker Walk sambil membeli tat nenas dan makan cendol. Dari situ pergi menikmati hidangan makanan laut dengan gelojoh dan muka kekenyangan. Babak terakhir ialah di dalam gondola Eye on Malaysia bersama-sama pasangan kekasih pengkid yang berbau kaki. Berjalan-jalan perlahan menuju ke pintu masuk hotel..

Ahad, 29 Mac 2009

Bangun seawal pukul 8 pagi. Tepat pada pukul 9 pagi H sudah sampai di hotel. Bertolak untuk pergi ke flea market di Jonker Walk. Walaupun tidak sehebat flea market di Frankfurt, flea market ini turut menawarkan hadiah-hadiah yang menarik kepada para pengunjung. Eh, I digress. Kebanyakan gerai-gerai menjual patung-patung Buddha, piring hitam dan syiling-syiling lama. Terdapat 2 buah gerai yang menarik perhatian kerana menjual beg tangan vintaj yang berharga RM5 sahaja! Ya, sangat murah! Tetapi seperti biasa, tidak membeli kerana a) sudah mempunyai banyak beg tangan b) menerima isyarat "jangan nak membeli" daripada H. H sempat membeli beg vintaj jenis weekender untuk digunakan bila balik kampung bandar Subang yang juga boleh digunakan untuk menghantar baju ke kedai dobi yang berdekatan dengan rumah.

Kami juga sempat menikmati cendol nyonya di kedai Jonker Dessert yang terkenal. Silalah cuba Baba Durian Cendol yang rasanya seperti makan durian Siam yang lemak berkrim. Sudah cuba, hari-hari mau. Juga terliur melihat satu keluarga makan laksa nyonya di meja sebelah. Ingin cuba tetapi khuatir tidak halal.

Agenda seterusnya ialah tidur. Ya kawan-kawan, ini adalah satu percutian istimewa kerana sempat tidur petang selama 2 jam sebelum pergi makan roti john dan ayam golek di Pantai Klebang. Percutian istimewa ini juga mendapat tajaan makan secara percuma oleh tuan rumah (tidur petang) kerana a) kekasih tuan rumah (mungkin tidak boleh dipanggil tuan rumah kerana tidak tidur di rumah tetapi di hotel, cuma tidur petang sahaja) belum bekerja. b) tuan rumah sangat baik hati dan terharu dengan kedatangan kekasihnya ke Melaka. c) tuan rumah sebenarnya belanja dengan tidak ikhlas, terdapat ulterior motives disitu, dimana kekasih tuan rumah perlu belanja balik selepas mendapat kerja. d) tuan rumah sayang kekasihnya?. Hiks. (lari gedik-gedik sambil masuk bilik)


Oh ya, kami juga tidak menaiki beca kerana H berasa kasihan melihat pakcik pembawa beca yang perlu bekerja keras untuk mengayuh beca jika membawa saya, katanya.



(T_T) --> icon menangis meratapi nasib kerana dapat boyfriend yang suka mengeji dan keji. Haa..ambik ko keji terus.


So there's the story from my 2 days vacation in Malacca. Two straight days of fun and enjoyment! I got to binge like a pig free of charge (there goes my diet T_T), see my boyfriend which also happens to be my BFF in the whole world and act crazy like a tourist before I waved him goodbye from inside a bus at Melaka Sentral.


3 comments:

reena said...

Haha.Lawak-lawak.

Eh, dulu masa pi Jonker Walk tak try cendol durian tu.Alaa..Ruginya..

" NoBoDy " said...

Omg...penulisan melayu kau sux..lagik sux dr german kau..ha ha ha ha..kalau aku kena tulis melayu pon cmnih kot resultnyer...

nway..kau dah sampai pantai klebang? perghhh..dah dekat sgt dgn rumah aku tuh... serious..

Moose said...

reena: Terima kasih kerana terhibur. Haha. Mcm sial.
Munie: Shadapp! Dah lama ok tk tulis dlm bm. Kasi chance la weh. german aku pn makin sucks skrg ni. gile aagghh..tak guna blaja byk2 bahasa.